Berkali – kali , malah telah beribu kali pertandingan ayam serama ini telah diadakan dan setiap kali lepas pertandingan akan ada saja suara suara sumbang kedengaran.
Rungutan demi rungutan kedengaran tetapi pihak yang menganjurkan pertandingan tidak pernah cuba untuk memperbetulkan mana yang kurang dan yang lebih mengharukan para peminat ayam serama akan tetap juga hadir kesesuatu pertandingan walaupun tahu perkara perkara yang tidak memuaskan hati itu akan timbul juga akhirnya.
Disini saya senaraikan beberapa perkara yang selalu terjadi didalam sesuatu pertandingan ayam serama dan di akhir aktikel ini saya cuba mencadangkan kepada mana mana pihak penganjur pertandingan mengunakan kaedah ini yang mana kemungkinan akan mengurangkan rungutan– rungutan para perserta.
Senarai rungutan para perserta:
1. AJK pertandingan turut serta dalam pertandingan.
2. Mutu pengadilan yang meragui.
3. Kawasan pertandingan yang tidak berapa sesuai untuk ayam serama mahupun orang ramai – kawasan ber ‘air-con’ atau terlampau panas.
4. Hadiah yang tidak seberapa berbanding dengan yuran penyertaan.
5. Susunan sangkar ayam serama yang kelam kabut.
6. Peserta yang telah mendaftar tetapi tidak mahu membawa ayam serama mereka masuk kedalam dewan atas alasan untuk menjemur atau melegakan terlebih dahulu serama serama mereka.
( Selalunya ini menjadi masalah kepada pihak pengajur ).
7.Kesilapan pihak penganjur didalam memilih pemenang.
Cadangan :
1. Sepatutnya setiap AJK pertandingan adalah dilarang untuk turut serta sama sekali. Ini perlu dilakukan demi menunjukkan keikhlasan pihak penganjur didalam sesuatu pertandingan tersebut.
2. Disamping itu menggunakan kamera video bagi merakamkan perjalanan pengadilan pertandingan tersebut.
3. Sekiranya berlaku bantahan oleh peserta diatas mutu pengadilan, tayangan video akan dimainkan semula dan sekiranya didapati betul seperti bantahan peserta tersebut, nama/gambar pengadil yang tidak bertanggung jawab tersebut akan diwawarkan kesepelusuk negara.
4. Pengadilan yang bermutu adalah amat penting, adalah digalakkan setiap penganjur mengambil pengadil yang boleh memuaskan hati serta dipercayai oleh para perserta. Seboleh boleh cubalah menggunakan pengadil yang telah lama berkecimpung didalam mengadili ayam serama.
5. Masalah hadiah ini adalah bergantung kepada budget yang ada pada pihak penganjur itu sekali tetapi sebaik baiknya kalau penganjur tidak mampu menyediakan hadiah yang hebat hebat, janganlah penganjur mengenakan yuran penyertaan yang telampau tinggi.
6. Susunan sangkar ini memerlukan persediaan pihak penganjur sebelum pertandingan lagi. Pihak penganjur mestilah terlebih dahulu telah menyediakan / memilih lokasi lokasi yang perlu untuk diletakkan sangkar tersebut mengikut kategori yang dipertandingkan.
CONTOH SUSUNAN SANGKAR SEMASA PERTANDINGAN
7. Susunan sangkar yang kelam kabut ini selalunya terjadi apabila peserta yang telah mendaftar tidak mahu membawa ayam serama mereka masuk kedalam dewan pertandingan. Ini akan menyebab nombor sangkar tersebut tidak teratur. Saya mencadangan sedikit perubahan dilakukan sewaktu pendaftaran.
Sewaktu pendaftaran peserta, pihak penganjur hanya perlu mendaftarkan peserta dengan mengambil yuran pendaftaran serta memberikan resit pembayaran dan menandakan sangkar peserta akan kategori ayam serama tersebut.
Selepas itu terpulanglah kepada peserta untuk membawa terus kedalam dewan atau pun lepak lepak dulu diluar dewan. Apabila peserta sudah bersedia untuk membawa seramanya masuk kedalam dewan, peserta tersebut mestilah menyerahkan sangkar + serama kepada satu lagi kuanter iaitu Kuanter Penyerahan, disini barulah nombor sangkar diberi mengikut turutannya.
Jadi walaupun peserta tersebut mendaftar diawal pagi tetapi membawa masuk ayam seramanya pada sebelah tengah hari, nombor sangkarnya akan menjadi nombor akhir. Kalau pihak penganjur menggunakan kaedah ini, saya rasa masalah kedudukkan sangkar yang kelam kabut itu akan selesai.
Sebenarnya masalah kelam kabut mengatur sangkar ini tidak akan timbul kalau para peserta selepas mendaftarkan ayam seramanya dan terus membawa masuk kedalam dewan pertandingan.
Saya rasa inilah satu satunya acara pertandingan yang paling mengherankan dimana selepas mendaftar untuk bertanding boleh lak lepak - lepak dulu, cuba pembaca bayangkan taktik yang boleh saya gunakan untuk menipu penganjur malah pengadil sekali.
" Saya mempunyai 2 ekor anak serama yang berlainan berat & berlainan kehebatan gaya. Seekor anak serama beratnya 175 gram tetapi tidak bergaya & seekor lagi beratnya 185 gram tetapi gayanya hebat sekali ... siap dgn kepala berketar - ketar bila menarik & jalannya pun macam askar Jerman berkawad. (kita ambil contoh syarat pertandingan anak mesti bawah 180 gram). Sudah tentu saya mahukan anak serama yg hebat bergaya itu masuk bertanding tetapi tentu tidak layak disebabkan oleh beratnya melebihi syarat pertandingan.
Jadi saya daftarkan anak serama yang beratnya 175 gram itu dan selepas mendaftar saya pergilah melepak kat luar dulu dengan alasan untuk menyesuaikan anak serama saya dengan persekitaran. Diwaktu inilah saya akan menukar anak serama tersebut dengan anak serama saya yang hebat bergaya itu.
Pembaca ingat penganjur dan pengadil akan dapat tak mengesan taktik saya itu, Saya pasti mereka tidak akan boleh mengesannya sebab beza berat 10 gram saja diantara dua ekor anak serama tersebut & saya yakin kalau dah bergaya sakat diatas meja pengadil sudah tentulah anak serama saya yang akan menang.
Pada saya sebaik baik cara bagi mengelakkan penipuan seumpama ini, selepas saja selesai pendaftaran, serama itu diwajibkan terus dibawa kedalam dewan pertandingan. Tidak dibenarkan sama sekali untuk membawa serama yang telah didaftar luar dari dewan pertandingan". ** RENUNGKANLAH **
8. Kesilapan memilih pemenang, ini adalah perkara yang amat memalukan dan seboleh bolehnya perlulah dielakkan oleh pihak penganjur. Dizaman IT ini, kebanyakan penganjur akan menggunakan perkakasan komputer untuk mendapatkan keputusan pemenang. Seboleh bolehnya pertugas yang memasukkan data / markah pemenang itu bukan saja perlu mahir menggunakan komputer tetapi mestilah perlu ada serba sedikit pengetahuan cara – cara untuk mengirakan markah pertandingan ayam serama.
Saya dapati selalunya kesilapan berlaku apabila terdapatnya markah peserta yang sama, kalau pertugas tersebut tidak paham cara mengira markah tersebut maka kemungkinan terjadilnya kesilapan adalah besar. Buat pengetahuan semua, sekiranya terdapat jumlah markah yang sama pengiraan semula adalah perlu dilakukan dengan mengira semua dari sebelah hadapan setiap markah peserta tersebut. Sesiapa yang mempunyai markah yang lebih tinggi maka peserta itu lah yang akan berada dikedudukan yang lebih atas. Pihak penganjur juga perlulah mempastikan kedudukan para petugas memasukkan data/markah serta memilih pemenang itu mestilah berapa jauh dari gangguan orang ramai. Ini adalah untuk mengelakkan kegugupan pertugas didalam masa menjalankan tugas.
MENJADI AHLI PERSATUAN
14 years ago
No comments:
Post a Comment