Tuesday, September 21, 2010

KELAYAKAN DAN JAWATAN KOSONG

AD SERAMA FARM ADALAH LADANG TEMPAT MENTERNAK AYAM SERAMA PIHAK KAMI INGIN
MENAWARKAN PEKERJA, KEPADA YANG BERMINAT DAN MENPUYAI KELAYAKAN SERTA KEMAHIRAN DIDALAM BIDANG YANG DITAWARKAN SEPERTI DI BAWAH.

KAMI MENCARI PEKERJA YANG RAJIN, BERDISPILIN, JUJUR, AMANAH, CEKAP DAN BOLEH BERKERJA LEBIH MASA UNTUK BERKERJA DILADANG TERNAKAN KAMI DI BENTONG PAHANG.

KEPADA YANG BERMINAT BOLEH MEMOHON SECARA BERTULIS DENGAN MENGEMUKAKAN PERKARA-PERKARA SEPERTI BERIKUT:

1) MAKLUMAT PERIBADI (Resume)
2) SALINAN SIJIL-SIJIL AKADEMIK
3) SEKEPING GAMBAR WARNA (Saiz ukuran Pasport)

JAWATAN YANG DITAWARKAN ADALAG SEPERTI BERIKUT:

01) PENGURUS OPERASI/PENTADBIRAN – 1 KEKOSONGAN
02) PENGURUS PEMASARAN – 1 KEKOSONGAN
03) DOKTOR VETERINAR – 1 KEKOSONGAN
04) PEREKA / GRAFIK – 1 KEKOSONGAN
05) PEGAWAI KESELAMATAN – 1 KEKOSONGAN
06) PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) – 1 KEKOSONGAN
07) PEGAWAI PENYELIDIK – 1 KEKOSONGAN
08) WARTAWAN – 1 KEKOSONGAN
09) JURUFOTO – 1 KEKOSONGAN
10) PEMBANTU TADBIR– PERKERANIAN OPERASI – 1 KEKOSONGAN
11) PENOLONG PEGAWAI KESELAMATAN – 1 KEKOSONGAN
12) PEMBANTU DOKTOR VETERINAR – 1 KEKOSONGAN
13) PENOLONG PEGAWAI PENYELIDIK – 1 KEKOSONGAN
14) PEGAWAL KESELAMATAN – 6 KEKOSONGAN
15) PEMANDU KENDERAAN – 1 KEKOSONGAN
16) PELATIH AYAM SERAMA – 2 KEKOSONGAN

KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN:
EPF
SOSCO
CUTI SAKIT
CUTI TAHUN
PAKAIAN SERAGAM
PINJAMAN KOMPUTER
KENAIKAN GAJI TAHUN
CUTI BERSALIN – KEPADA PEKERJA WANITA SAHAJA

PERMOHONAN YANG LENGKAP BOLEH DIHANTAR KEALAMAT DIBAWA:
AD SERAMA FARM
JABATAN PERJAWATAN & PERANCANGAN TENAGA KERJA
NO 24, LORONG SYAHBANDAR 7,
TAMAN SYAHBANDAR HUSSEIN
28700, BENTONG PAHANG.

ATAU EMAIL:
adserama@yahoo.com.my / azaharngah@yahoo.com.my

1) PENGURUS OPERASI/PENTADBIRAN

Pengurus pentadbiran merancang, mengarah, dan menyelaras perkhidmatan sokongan seperti penyimpanan rekod, pengagihan mel, perkhidmatan operator telefon/penyambut tetamu, dan perkhidmatan sokongan pejabat lain dalam lingkungan agensi kerajaan, perniagaan korporat, atau organisasi.

DESKRIPSI TUGAS
1)merancang, mentadbir, dan mengawal belanjawan bagi kontrak, kelengkapan, dan bekalan.
2)memantau kemudahan bagi memastikan ia dalam keadaan baik dan selamat serta diselenggara dengan baik.
3)mengarah dan menyelaraskan jabatan perkhidmatan sokongan bagi perniagaan, agensi, atau organisasi.
4)menyediakan dan mengkaji laporan operasi dan jadual untuk memastikan ketepatan dan kecekapan.
5)menganalisis pemproses dalaman dan menyarankan serta melaksanakan perubahan prosedur atau dasar untuk menambah baik operasi, seperti perubahan bekalan atau pelupusan rekod.
6)memperoleh, mengagih, dan menyimpan bekalan.
7)memantau keadaan didalam kawasan farm untuk membuat pembinaan dan pengubahsuaian untuk menambah baik kecekapan dan untuk memastikan kemudahan yang disediakan memenuhi standard keselamatan alam sekitar, kesihatan dan keselamatan, serta
Mematuhi peraturan kerajaan.
8)memantau pemilihan, latihan, dan prestasi kakitangan.
9)mewakili jabatan dalam urusannya dengan bahagian lain dalam organisasi atau dengan badan luar.
10)menjalankan tugas yang berkaitan, mengurus, merencana, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN:

1)Warga Malaysia yang berumur tidak melebihi 35 tahun
2)Berkelulusan Ijazah/Diploma
3)Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 1 tahun sebagai Pengurus Operasi/Pentadbiran syarikat
4)Mempunyai kemahiran berkomunikasi dan menulis didalam bahasa Inggeris serta bahasa Malaysia dengan mahir dan boleh berinteraksi dengan semua pihak.
5) Sihat tubuh badan.

2) DOKTOR VETERINAR

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN:

(a) Terdiri daripada warganegara;
(b) Umur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan;
(c) Lulus Ijazah Doktor Perubatan Veterinar atau ijazah dalam ilmu perubatan veterinar atau Sains Veterinar dan memiliki syarat tambahan
(d) Berdaftar di bawah Seksyen 12 (1) Akta Doktor Veterinar 1974 selaras dengan senarai kelayakan-kelayakan di bahagian 1 Jadual kedua
(e) Lulus Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

DESKRIPSI TUGAS

Bertanggungjawab dalam menguruskan kerja-kerja memberi rawatan haiwan di Ad serama farm serta kepada orang yang datang untuk mendapatkan rawatan kepada haiwan peliharan mereka, menetapkan cas setiap rawatan serta ubatan-ubatan yang diberi, membuat kaji selidik kepada ayam serama, post mortem haiwan-haiwan yang mati, pembelian ubat-ubat terkawal untuk kegunaan klinik dan melakukan kerja-kerja pelupusan aset hidup di Ad Serama Farm serta tugas-tugas lain yang diarahkan.

3) PEMBANTU DOKTOR VETERINAR

SYARAT LANTIKAN

1) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan
2) Sijil Veterinar daripada Institut Haiwan Kluang, Jabatan Perkhidmatan Haiwan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan atau
lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

DESKRIPSI TUGAS:

Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas pengurusan haiwan dan penguatkuasaan di peringkat Kumpulan Sokongan dan melaksanakan kerja-kerja di Ad Serama Farm, pengurusan kesihatan haiwan, pengurusan kesuburan haiwan, pemeriksaan di pusat kuarantin haiwan, pemeriksaan ante-mortem dan post-mortem di abatoir dan loji pemprosesan, memberi khidmat nasihat mengenai usaha ternakan, penguatkuasaan undang-undang veterinar, pengumpulan data haiwan dan penyediaan laporan serta lain-lain tugas yang berkaitan yang ditentukan dari semasa ke semasa, serta membantu tugas Doktor Veterinar.

4) PENGURUS JUALAN DAN PEMASARAN

Pengurus jualan dan pemasaran merancang, mengarah, dan menyelaras aktiviti jualan,
pemasaran, dan pembangunan dalam lingkungan agensi kerajaan, perniagaan korporat, atau organisasi.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN:

1)Warga Malaysia yang berumur tidak melebihi 35 tahun
2)Berkelulusan Ijazah/Diploma dalam bidang Pengurusan Peruncitan/Pengurusan Perniagaan
3)Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 1 tahun sebagai Pengurus pemasaran syarikat
4)Mempunyai kemahiran berkomunikasi dan menulis didalam bahasa Inggeris serta bahasa Malaysia dengan mahir dan boleh berinteraksi dengan semua pihak.
5) Sihat tubuh badan.

DESKRIPSI TUGAS

1)merancang, mengarah, serta menyelaras aktiviti jualan dan pemasaran perusahaan
atau organisasi berkenaan;
2)merancang dan menganjurkan program jualan dan pemasaran khas berdasarkan rekod jualan dan penilaian pasaran;
3)merancang, mentadbir, dan mengkaji semula perkhidmatan pelanggan dan perkhidmatan lepas jualan serta memelihara hubungan baik dengan pelanggan.
4)menentukan senarai harga, diskaun dan syarat penghantaran, urusan kredit, campuran produk, kawasan jualan berdasarkan kedudukan geografi, belanjawan promosi jualan, kaedah jualan, standard perkhidmatan pelanggan, insentif khas, dan kempen khas.
5)mengarah kaedah perdagangan dan dasar pengedaran dengan menyelaraskan kerja
jurujual atau menguruskan pelantikan ejen dan pengedar.
6)mengawal perbelanjaan dan memastikan sumber digunakan dengan cekap;
7)memantau perkhidmatan pelanggan, pengeluaran invois, pembayaran, dan kos pentadbiran.
8)menyediakan dan mengarah operasi harian.
9)memantau pemilihan, latihan, dan prestasi kakitangan.
10)mewakili jabatan dalam urusannya dengan bahagian lain dalam organisasi atau dengan badan luar;
11)menjalankan tugas yang berkaitan, serta tugas-tugas lain yang diarahkan

5) PEGAWAI KESELAMATAN

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c)(i)STPM/Diploma/Ijazah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
(ii)bekas Inspektor Polis Diraja Malaysia atau Leftenan keatas dalam Angkatan Tentera Malaysia yang telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur,membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia serta Bahasa Inggerish dengan memuaskan;
(d) mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
(i) tinggi sekurang-kurangnya 1.57 m bagi lelaki dan 1.53 m bagi wanita
tanpa bersepatu;
(ii) berat badan sekurang-kurangnya 48 kg bagi lelaki dan 46 kg bagi wanita;
(iii) mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79 cm dan semasa menarik nafas 84 cm (lelaki sahaja);
(iv) lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata; dan
(v) pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat. Dan
(e) calon yang memiliki kelayakan di perenggan 1 (c) (i) hendaklah lulus Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu pada peringkat Penilaian Menengah Rendah/ Sijil Rendah Pelajaran atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

DESKRIPSI TUGAS

Bertanggungjawab menjaga harta benda syarikat, merekodkan waktu kerja anggota, memastikan displin anggota, melatih anggota dari segi kawalan keselamatan, menyusun jadual kerja anggota, pengambilan anggota baru, menentukan time shif anggota, dan tugas-tugas yang diarahkan oleh syarikat

6) PEGAWAI PENYELIDIK
(Keutamaan kepada calon yang mempunyai Ijazah Sarjana atau Ph.D di dalam bidang berkaitan)

SYARAT LANTIKAN DAN KELAYAKAN:

Calon-calon bagi jawatan di atas hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(i) Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang sains yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
(ii) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang haiwan peliharan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
iii) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(iv) Ijazah Doktor Perubatan Veterinar yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(v) Ijazah Sarjana dalam bidang sains yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(vi) Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang sains daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. Dan lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setarar dengannya oleh kerajaan.

7) PENOLONG PEGAWAI KESELAMATAN

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) Penilaian Menengah Rendah/ Sijil Rendah Pelajaran / SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
(ii)bekas anggota Polis Diraja Malaysia atau Angkatan Tentera Malaysia yang berpangkat Sarjan keatas, yang telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur,membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia/Bahasa Inggerish dengan memuaskan;
(d) mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
(i) tinggi sekurang-kurangnya 1.57 m bagi lelaki dan 1.53 m bagi wanita tanpa bersepatu;
(ii) berat badan sekurang‐kurangnya 48 kg bagi lelaki dan 46 kg bagi wanita;
(iii) mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang‐kurangnya 79 cm dan semasa menarik nafas 84 cm (lelaki sahaja);
(iv) lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata; dan
(v) pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat. Dan
(e) calon yang memiliki kelayakan di perenggan 1 (c) (i) hendaklah lulus Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu pada peringkat Penilaian Menengah Rendah/ Sijil Rendah Pelajaran atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

DESKRIPSI TUGAS

Bertanggungjawab menjaga harta benda syarikat, merekodkan setiap barang keluar dan masuk, menriksa setiap kenderaan keluar masuk, pastikan ternakan atau haiwan peliharan tidak hilang, memastikan setiap pelawat hendak masuk mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada pihak pengurusan,memaklukan kepada pengawai Keselamatan setiap kehilangan, menbantu tugas pegawai keselamatan, menuntukan displin anggota bawahan berpakai kemas dan bersih serta menetuntukan jadual kerja anggota, memastikan anggota masuk bertugas tempat pada masanya dan cuti anggota untuk di hantar kepada pegawai atasan. serta tugas-tugas lain yang diarahkan.

8) PENOLONG PEGAWAI PENYELIDIK

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN:

i) STPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan mendapat prinsipal dalam subjek Matematik atau Ilmu Sains: atau ii)Diploma dalam bidang Sains yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
iii) Diploma Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
iv) Diploma Sains Veterinar/Haiwan daripada daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
dan
v) lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

DESKRIPSI TUGAS

Membantu Pegawai Penyelidik dalam perancangan projek penyelidikan, pengendalian projek penyelidikan, mengumpul, merekod maklumat dan menganalisis data-data projek serta penyediaan peralatan projek penyelidikan

9) PEREKA/GRAFIK

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN:

Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti di bidang seni foto dan seni lukis. mempunyai sijil

1) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaaan Malaysia serta mendapat kepujian dalam subjek lukisan pada peringkat peperiksaan tersebut dan mempunyai pengalaman dalam bidang reka dan atau seni lukis atau:
2) Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaaan serta mendapat principal dalam subjek lukisan pada peringkat peperiksaan tersebut dan mempunyai pengalaman dalam bidang reka dan atau seni lukis atau:
3) Diploma dalam bidang lukisan dan seni reka yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaaan daripada institusi- institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya Dan
4) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan
5) Boleh berbahasa Inggerish dan Bahasa Malaysia atau bahasa-bahasa lain.

Keutamaan: Diploma dalam bidang seni halus, berpengalaman bekerja sekurang-kurangnya 2 tahun dalam bidang penerbitan, pameran dan pengiklanan,boleh mengendalikan kerja-kerja DTP, mahir menggunakan perisian seperti Adobe IIIustrator, Adobe Photoshop dan Adobe InDesign, mahir dalam perisian 3D Studio Max, Macromedia Flash.

DESKRIPSI TUGAS

Bertanggungjawab menyediakan rekabentuk dan lay-out grafik, bahan-bahan pameran, fotografi, percetakan dan termasuk pengurusan bahan serta peralatan yang berkaitan. serta tugas-tugas lain yang diarahkan

10) PEMBANTU TADBIR – PERKERANIAN/OPERASI

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan lulus ujian masuk mengambil trengkas atau nota rintas (note taking) dengan kederasan 20 p.s.m. daripada rencana dan menaip salinan trengkas sederas 15 p.s.m. dengan kesalahan tidak melebihi 4%.
(b) Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan computer / atau mengambil trengkas).
(c) Mencapai Kepujian sekurang-kurangnya C6 dalam Bahasa Inggeris pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.

DESKRIPSI TUGAS

Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi di peringkat Kumpulan Sokongan yang merangkumi aspek perkeranian dan operasi (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, tugas-tugas pentadbiran am, pengurusan personel, perkhidmatan kaunter dan pemprosesan, pengumpulan data dan maklumat, pengendalian peralatan perhubungan/komunikasi). Mengambil trengkas, menaip dan menguruskan pergerakan fail

SKOP FUNGSI DAN BIDANG TUGAS:ASPEK PERKERANIAN

a) Pentadbiran pejabat.
b) Pengurusan personel.
perjawatan, pembangunan organisasi dan perancangan sumber manusia, perkhidmatan, latihan dan kerjaya, gaji, elaun dan kemudahan, Pengurusetiaan.
c) Menaip dan menyediakan dokumen rasmi yang diarahkan dalam masa yang ditetapkan.
d) Pengurusan Rekod dan Cuti Pekerja.
e) Pengurusan Fail.

11) PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN)

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
a) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta kepujian dalam subjek Matematik atau Perdagangan atau Akaun pada peringkat peperiksaan tersebut;
(ii) Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan (Simpan Kira-Kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(iii) Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(iv) Sijil dalam bidang pengurusan perniagaan atau penyimpan kirakira yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(b) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

DESKRIPSI TUGAS

Bertanggungjawab ke atas tugas-tugas kewangan sepenuh masa dengan membantu pihak pengurusan/penyelia dalam urusan-urusan seperti berikut:
(a) Menyedia dan mengemaskinikan belanjawan tahunan.
(b) Mengurus dan mengawal peruntukan.
(c) Menyelenggara rekod dan menyediakan laporan perbelanjaan
(d) Mengurus, menyelenggara, memantau semua jenis panjar
(e) Mengurus, merekod dan mengambil tindakan susulan berhubung dengan pendahuluan diri, pendahuluan pelbagai, pinjaman computer.
(f) Memastikan menjaga dan menbayar gaji pekerja, EPF, Sosco dan tuntutan pekerja. Serta tugas lain yang diarahkan.

12) JURUFOTO

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti di bidang seni foto dan / atau kamera filem atau seni lukis.
(d) Lulus Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

DESKRIPSI TUGAS

Bertanggungjawab mengambil gambar-gambar menyimpan, merekod serta menjaga barang-barang yang diberi dengan baik, serta tugas-tugas lain yang diarahkan.
Membuat kerja-kerja fotografi dan penyediaan bahan-bahan bergambar untuk pameran dan kerja-kerja fotografi untuk setiap pementasan khususnya dalam aspek set, prop, kostum bagi tujuan dokumentasi, menguruskan pembelian dan menyelia bahan-bahan keperluan untuk fotografi seperti kamera dan filem

13) PEGAWAL KESELAMATAN

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c)(i) Penilaian Menengah Rendah/ Sijil Rendah Pelajaran atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
(ii) bekas Kostabel Polis Diraja Malaysia atau Prebet Angkatan Tentera Malaysia yang telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur,membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan;
(d) mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
(i) tinggi sekurang-kurangnya 1.57 m bagi lelaki dan 1.53 m bagi wanita tanpa bersepatu;
(ii) berat badan sekurang‐kurangnya 48 kg bagi lelaki dan 46 kg bagi wanita;
(iii) mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang‐kurangnya 79 cm dan semasa menarik nafas 84 cm (lelaki sahaja);
(iv) lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata; dan
(v) pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat. Dan
(e) calon yang memiliki kelayakan di perenggan 1 (c) (i) hendaklah lulus Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu pada peringkat Penilaian Menengah Rendah/ Sijil Rendah Pelajaran atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

DESKRIPSI TUGAS

Bertanggungjawab menjaga harta benda syarikat, merekodkan setiap barang keluar dan masuk, menriksa setiap kenderaan keluar masuk, pastikan ternakan atau haiwan peliharan tidak hilang, memastikan setiap pelawat hendak masuk mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada pihak pengurusan, memaklukan kepada pengurus setiap kehilangan atau kecurian yang berlaku, serta tugas-tugas lain yang diarahkan.

14) PEMANDU KENDERAAN

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) (i) tamat darjah 6 sekolah rendah bantuan penuh kerajaan;
ii) memiliki lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I berkenaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)] (Keutamaan diberi kepada pemandu kelas E/E1/E2 – memandu Lori) dan mempunyai lesen PSV
(iii) berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan bermotor berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini dan
(b) berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik.
(ii) berumur kurang dari 50 tahun pada tarikh lantikan

DESKRIPSI TUGAS

Memandu kenderaan AD SERAMA FARM bagi setiap urusan rasmi.
Memastikan kenderaan dan peralatan di bawah jagaan berada di dalam keadaan baik dan bersih setiap masa.
Bertanggungjawab menjaga keselamatan kenderaan.
Bertanggungjawab mengemaskini buku 'Log' kenderaan dan memasukkan kenderaan ke workshop untuk tujuan pemeriksaan dan selenggara.
Bertanggungjawab mematuhi undang-undang jalan raya dan mematuhi pengendalian Borang Am 1993 mengenai laporan kemalangan.
Melaksanakan tugas-tugas rasmi lain yang di arahkan oleh AD SERAMA FARM dari masa ke semasa.

Bagi memastikan kenderaan dapat digunakan:

1. Kenderaan hendaklah di servis, mengikut tempoh dan jarak yang disyorkan oleh pembuat kenderaan.
2. Melaporkan dengan segera kepada Pegawai Agama jika berlaku apa-apa kerosakan.
3. Sebelum enjin dihidupkan:
Paras minyak selinder enjin, minyak brek, cluth, air radiator, air bateri, Angin tayar semuanya mencukupi, tali kipas, semua cermin dan lampu dibersihkan.
4. Selepas enjin dihidupkan pastikan:
Brake, lampu brake, lampu isyarat, lampu meter, charging wiper, lampu kenderaan, meter minyak, hand brake, hon dan meter suhu berfungsi dengan baik.
Memastikan minyak petrol kenderaan sentiasa mencukupi bagi kegunaan rasmi.

15) PELATIH AYAM SERAMA

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang daripada 20 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c)Darjah 6 / Penilaian Menengah Rendah/ Sijil Rendah Pelajaran kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya atau menpunyai pegalaman serta kepakaran didalam melatih ayam serama serta menternak ayam serama selama 2 tahun

DESKRIPSI TUGAS

Bertanggungjawab menjaga ayam serama, melatih ayam serama untuk pertandingan, mencantikan ayam serama seperti mempunyai kemahiran memasuk ekor, menggantikan sayap, membaiki ayam yang lari casis, membaiki balung ayam, mahir menbiakan ayam serama, serta menilai dan meletakan harga ayam serama, mengeluarkan ayam serama yang terbaik untuk dijual, memastikan ayam serama yang sakit di maklukan kepada pegawai veterina, serta tugas lain yang diarahkan.

No comments:

Post a Comment