Monday, December 28, 2009

PERTANDINGAN KESENIAN & KECANTIKAN AYAM SERAMA 1 MALAYSIA 2010

AD SERAMA FARM MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PEMINAT - PEMINAT DARI SELURUH MALAYSIA DAN JUGA KEPADA WAKIL DARI SABAH IAITU CIKGU JAI, KERANA DATANG BAGI MEMBERI SOKONGAN YANG PADU KEPADA AD SERAMA FARM BAGI MENJAYAKAN PENGANJURAN PERTANDINGAN AYAM SERAMA PERINGKAT KEBAGSAAN 2009 BARU-BARU INI. OLEH KERANA SAMBUTAN BERGITU MENGGALAKKAN SEKALI, AD SERAMA FARM SEKALI LAGI AKAN MENGANJURKAN PERTANDINGAN AYAM SERAMA 1 MALAYSIA 2010. IAITU PADA:-

TARIKH: 27 MAC 2010
TEMPAT: DEPAN ASTAKA, TASIK TITIWANGSA KUALA LUMPUR
MASA : 0930 PAGI - 1700 PETANG
HARI : SABTU
PEGADIL: TERENGGANU, KELANTAN DAN UTARA
BAYARAN: RM 40.00

1.HADIAH PEMENANG SETIAP KATEGORI
1.1. PERTAMA RM 300.00
1.2. KEDUA RM 200.00
1.3. KETIGA RM 150.00
1.4. KEEMPAT RM 100.00
1.5. TEMPAT (05 -10) BARANGAN ELETRIK 30% DARI PENYERTAAN)

2. HADIAH KATEGORI BEST OF THE BEST
2.1 RM 200.00
2.2 PIALA

3. HADIAH KATEGORI MENDAFTAR AYAM TERBANYAK
3.1 RM 100.00 (UNTUK SEORANG PESERTA SAHAJA)

4. CABUTAN BERTUAH

4.1 HAMPER – 10 HAMPER
4.2 TV 15 INCI - 05 BIJI
4.3 DVD - 05 BIJI
4.4 HP NOKIA BERSAMA PRAPAID - 05 BIJI
4.5 PERIUK NASI - 05 BIJI

5. CABUTAN BONAZA

5.1 MOTORSIKAL JAGUH - SEBUAH SAHAJA
5.2 RM1000.00 - 01 = RM 1000.00
5.3 RM 500.00 - 04 = RM 2000.00
5.4 RM 200.00 - 04 = RM 800.00

6.KATEGORI DI PERTANDINGKAN

1. KATEGORI SERAMA (A)
2. KATEGORI SERAMA (B)
3. KATEGORI SERAMA INDUK
4. KATEGORI SERAMA MUDA – CIRI – CIRI SERAMA MUDA
5. ATEGORI SERAMA REMAJA - CIRI – CIRI SERAMA MUDA
6. KATEGORI SERAMA (ABS) - LAWI TIDAK MELEBIHI PARAS EKOR
7. KATEGORI ANAK A – 100 GRAM KEBAWAH - CIRI – CIRI ANAK A
8. KATEGORI ANAK B – 101 GRAM – 140 GRAM - CIRI – CIRI ANAK B

SYARAT PENYERTAAN:

1. AYAM TIDAK DIBENARKAN LIPAT ATAU BERTANDING 2 KALI
2. AYAM MESTILAH DALAM SANGKAR KECUALI ANAK
3. KEPUTUSAN PENGADIL ADALAH MUKTAMAD
4. PENGANJUR TIDAK BERTANGGUNGJAWAB DI ATAS SEBARANG KEHILANGAN AYAM / HARTA BENDA PESERTA.
5. PENGANJUR BERHAK MEMBATALKAN PENYERTAAN JIKA TERDAPAT PENIPUAN
6. SEBARANG BANTAHAN BOLEH DIBUAT DENGAN SYARAT SETIAP BANTAHAN MESTILAH DISERTAKAN DENGAN WANG TUNAI RM 200.00. WANG TIDAK AKAN DIPULANGKAN SAMA ADA BANTAHAN BERJAYA ATAU TIDAK.
7. SEBARANG BANTAHAN TANPA DISERTAKAN DENGAN WANG TUNAI TIDAK AKAN DILAYAN.
8. JUARA SETIAP KATEGORI LAYAK BERTANDING DALAM BEST OF THE BEST ( KECUALI INDUK & ANAK A / ANAK B)

SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI: EN JANG - 019-923 0059 DAN EN LEBAI - 012-396 0620

DATANGLAH BERAMAI - RAMAI BAGI MENAIKKAN LAGI AYAM SERAMA DI NEGARA KITA.
TANPA KITA SAPA LAH AYAM SERAMA......

Saturday, November 14, 2009

Perubahan Tarikh Pertandingan

Dukacita dimaklumkan bahawa Ad Serama Farm terpaksa mempercepatkan tarikh pertandingan Ayam Serama Peringkat Kebangsaan di atas beberapa sebab yang tak dapat dielakkan. Pertandingan tersebut akan diadakan pada 19 DISEMBER 2009 dan segala syarat serta hadiah pertandingan dikekalkan sepertimana asal.

Untuk menghargai peminat-peminat yang bakal menyertai pertandingan nanti Ad Serama Farm dengan berbesar hati ingin menyumbangkan sedikit cenderahati untuk peminat semua antaranya :-

1. 70 penyertaan awal = Sebuah Topi
2. 71 hingga 160 = Makanan Khas Ayam Serama

Sekian, terima kasih.

Wednesday, October 21, 2009

PERTANDINGAN KESENIAN & KECANTIKAN AYAM SERAMA PERINGKAT KEBANGSAAN 2009

PERTANDINGAN KESENIAN DAN KECANTIKAN AYAM SERAMA PERINGKAT KEBANGSAAN 2009
ANJURAN : AD SERAMA FARM

TEMPAT : PADANG TASIK TITIWANGSA K.LUMPUR
TARIKH : 26. 12 . 2009, HARI: SABTU
MASA : 0930 – 0500 PTG ( PENDAFTARAN TAMAT JAM: 2.00 PTG)
YURAN PENDAFTARAN: RM 40.00
PENGADIL: TERENGGANU DAN KELANTAN

KATEGORI YANG DIPERTANDINGKAN

1. SERAMA MUDA
2. SERAMA REMAJA
3. SERAMA TANPA LAWAI (ABS)
4. SERAMA INDUK / BETINA
5. SERAMA ANAK (A) – BAWAH 100 G
6. SERAMA ANAK (B) – 101G – 140G
7. SERAMA (A) – 350 GRAM KE BAWAH)
8. SERAMA (B) – 351 GRAM KE ATAS)

HADIAH SETIAP KATEGORI

1. PERTAMA – RM 300.00
2. KEDUA - RM 200.00
3. KETIGA - RM 150.00
4. KEEMPAT - RM 100.00
5. KELIMA - RM 50.00
6. NO 6 – KE 10 HADIAH SAGU HATI BERUPA BARANGAN ELETRIK
30 % DARI PENYERTAAN

CABUTAN BERTUAH:

1. HAMPER – UNTUK 10 CABUTAN
2. DVD – UNTUK 10 CABUTAN
3. WANG TUNAI RM 50.00 UNTUK 10 CABUTAN

CABUTAN BONAZA:

1. TV 15 INCIN – UNTUK 10 CABUTAN
2. WANG TUNAI RM100.00 – 10 CABUTAN
3. HP NOKIA BERSAMA PREPAID – UNTUK 10 CABUTAN

HADIAH BEST OF THE BEST

1. PIALA
2. RM 200.00

SYARAT – SYARAT PERTANDINGAN

1. SEMUA AYAM MESTI BERADA DALAM SANGKAR KECUALI ANAK AYAM SAHAJA.
2. AYAM TIDAK DIBENAR MAIN SECARA ‘LIPAT” ATAU MASUK BERTANDING UNTUK KALI KEDUA. TIDAK KIRA MANA – MANA KATEGORI SEKALI PUN
3. JUARA SETIAP KATEGORI LAYAK BERTANDING BOTB KECUALI INDUK, ANAK A DAN ANAK B.
4. PENGANJURAN BERHAK MEMBATALKAN PENYERTAAN AYAM ITU JIKA TERDAPAT PENIPUAN, TANPA DIKEMBALIKAN YURAN PERYERTAAN.
5. KEPUTUSAN PENGADIL ADALAH MUKTAMAD.
6. SEBARANG BANTAHAN BOLEH DIBUAT DENGAN SYARAT SETIAP BANTHAN MESTILAH DISERTAKAN DENGAN WANG BANTAHAN SEBANYAK RM200.00. WANG BANTAHAN ITU TIDAK AKAN DIPULANGKAN SAMA ADA BANTAHAN ITU BERJAYA ATAU TIDAK.
7. PIHAK PENGANJURAN TIDAK AKAN BERTANGGUNJAWAB DIATAS SEBARANG KEHILANGAN AYAM, HARTA BENDA ATAU KEMATIAN SEMASA, SEBELUM ATAU SELEPAS PERTANDINGAN.
SILA HUBUNGI: LEBAI – 012-3960620, SHIDI – 012-3647454, JANG – 019-9230059, AZAHAR – 019-2038512, ADHAM -012-3434979

Monday, October 19, 2009

CADANGAN MENGURUSKAN PERTANDINGAN AYAM SERAMA

Berkali – kali , malah telah beribu kali pertandingan ayam serama ini telah diadakan dan setiap kali lepas pertandingan akan ada saja suara suara sumbang kedengaran.
Rungutan demi rungutan kedengaran tetapi pihak yang menganjurkan pertandingan tidak pernah cuba untuk memperbetulkan mana yang kurang dan yang lebih mengharukan para peminat ayam serama akan tetap juga hadir kesesuatu pertandingan walaupun tahu perkara perkara yang tidak memuaskan hati itu akan timbul juga akhirnya.
Disini saya senaraikan beberapa perkara yang selalu terjadi didalam sesuatu pertandingan ayam serama dan di akhir aktikel ini saya cuba mencadangkan kepada mana mana pihak penganjur pertandingan mengunakan kaedah ini yang mana kemungkinan akan mengurangkan rungutan– rungutan para perserta.
Senarai rungutan para perserta:

1. AJK pertandingan turut serta dalam pertandingan.

2. Mutu pengadilan yang meragui.

3. Kawasan pertandingan yang tidak berapa sesuai untuk ayam serama mahupun orang ramai – kawasan ber ‘air-con’ atau terlampau panas.

4. Hadiah yang tidak seberapa berbanding dengan yuran penyertaan.

5. Susunan sangkar ayam serama yang kelam kabut.

6. Peserta yang telah mendaftar tetapi tidak mahu membawa ayam serama mereka masuk kedalam dewan atas alasan untuk menjemur atau melegakan terlebih dahulu serama serama mereka.

( Selalunya ini menjadi masalah kepada pihak pengajur ).

7.Kesilapan pihak penganjur didalam memilih pemenang.
Cadangan :

1. Sepatutnya setiap AJK pertandingan adalah dilarang untuk turut serta sama sekali. Ini perlu dilakukan demi menunjukkan keikhlasan pihak penganjur didalam sesuatu pertandingan tersebut.
2. Disamping itu menggunakan kamera video bagi merakamkan perjalanan pengadilan pertandingan tersebut.
3. Sekiranya berlaku bantahan oleh peserta diatas mutu pengadilan, tayangan video akan dimainkan semula dan sekiranya didapati betul seperti bantahan peserta tersebut, nama/gambar pengadil yang tidak bertanggung jawab tersebut akan diwawarkan kesepelusuk negara.
4. Pengadilan yang bermutu adalah amat penting, adalah digalakkan setiap penganjur mengambil pengadil yang boleh memuaskan hati serta dipercayai oleh para perserta. Seboleh boleh cubalah menggunakan pengadil yang telah lama berkecimpung didalam mengadili ayam serama.
5. Masalah hadiah ini adalah bergantung kepada budget yang ada pada pihak penganjur itu sekali tetapi sebaik baiknya kalau penganjur tidak mampu menyediakan hadiah yang hebat hebat, janganlah penganjur mengenakan yuran penyertaan yang telampau tinggi.

6. Susunan sangkar ini memerlukan persediaan pihak penganjur sebelum pertandingan lagi. Pihak penganjur mestilah terlebih dahulu telah menyediakan / memilih lokasi lokasi yang perlu untuk diletakkan sangkar tersebut mengikut kategori yang dipertandingkan.

CONTOH SUSUNAN SANGKAR SEMASA PERTANDINGAN





















7. Susunan sangkar yang kelam kabut ini selalunya terjadi apabila peserta yang telah mendaftar tidak mahu membawa ayam serama mereka masuk kedalam dewan pertandingan. Ini akan menyebab nombor sangkar tersebut tidak teratur. Saya mencadangan sedikit perubahan dilakukan sewaktu pendaftaran.
Sewaktu pendaftaran peserta, pihak penganjur hanya perlu mendaftarkan peserta dengan mengambil yuran pendaftaran serta memberikan resit pembayaran dan menandakan sangkar peserta akan kategori ayam serama tersebut.
Selepas itu terpulanglah kepada peserta untuk membawa terus kedalam dewan atau pun lepak lepak dulu diluar dewan. Apabila peserta sudah bersedia untuk membawa seramanya masuk kedalam dewan, peserta tersebut mestilah menyerahkan sangkar + serama kepada satu lagi kuanter iaitu Kuanter Penyerahan, disini barulah nombor sangkar diberi mengikut turutannya.
Jadi walaupun peserta tersebut mendaftar diawal pagi tetapi membawa masuk ayam seramanya pada sebelah tengah hari, nombor sangkarnya akan menjadi nombor akhir. Kalau pihak penganjur menggunakan kaedah ini, saya rasa masalah kedudukkan sangkar yang kelam kabut itu akan selesai.
Sebenarnya masalah kelam kabut mengatur sangkar ini tidak akan timbul kalau para peserta selepas mendaftarkan ayam seramanya dan terus membawa masuk kedalam dewan pertandingan.
Saya rasa inilah satu satunya acara pertandingan yang paling mengherankan dimana selepas mendaftar untuk bertanding boleh lak lepak - lepak dulu, cuba pembaca bayangkan taktik yang boleh saya gunakan untuk menipu penganjur malah pengadil sekali.
" Saya mempunyai 2 ekor anak serama yang berlainan berat & berlainan kehebatan gaya. Seekor anak serama beratnya 175 gram tetapi tidak bergaya & seekor lagi beratnya 185 gram tetapi gayanya hebat sekali ... siap dgn kepala berketar - ketar bila menarik & jalannya pun macam askar Jerman berkawad. (kita ambil contoh syarat pertandingan anak mesti bawah 180 gram). Sudah tentu saya mahukan anak serama yg hebat bergaya itu masuk bertanding tetapi tentu tidak layak disebabkan oleh beratnya melebihi syarat pertandingan.
Jadi saya daftarkan anak serama yang beratnya 175 gram itu dan selepas mendaftar saya pergilah melepak kat luar dulu dengan alasan untuk menyesuaikan anak serama saya dengan persekitaran. Diwaktu inilah saya akan menukar anak serama tersebut dengan anak serama saya yang hebat bergaya itu.
Pembaca ingat penganjur dan pengadil akan dapat tak mengesan taktik saya itu, Saya pasti mereka tidak akan boleh mengesannya sebab beza berat 10 gram saja diantara dua ekor anak serama tersebut & saya yakin kalau dah bergaya sakat diatas meja pengadil sudah tentulah anak serama saya yang akan menang.

Pada saya sebaik baik cara bagi mengelakkan penipuan seumpama ini, selepas saja selesai pendaftaran, serama itu diwajibkan terus dibawa kedalam dewan pertandingan. Tidak dibenarkan sama sekali untuk membawa serama yang telah didaftar luar dari dewan pertandingan". ** RENUNGKANLAH **

8. Kesilapan memilih pemenang, ini adalah perkara yang amat memalukan dan seboleh bolehnya perlulah dielakkan oleh pihak penganjur. Dizaman IT ini, kebanyakan penganjur akan menggunakan perkakasan komputer untuk mendapatkan keputusan pemenang. Seboleh bolehnya pertugas yang memasukkan data / markah pemenang itu bukan saja perlu mahir menggunakan komputer tetapi mestilah perlu ada serba sedikit pengetahuan cara – cara untuk mengirakan markah pertandingan ayam serama.

Saya dapati selalunya kesilapan berlaku apabila terdapatnya markah peserta yang sama, kalau pertugas tersebut tidak paham cara mengira markah tersebut maka kemungkinan terjadilnya kesilapan adalah besar. Buat pengetahuan semua, sekiranya terdapat jumlah markah yang sama pengiraan semula adalah perlu dilakukan dengan mengira semua dari sebelah hadapan setiap markah peserta tersebut. Sesiapa yang mempunyai markah yang lebih tinggi maka peserta itu lah yang akan berada dikedudukan yang lebih atas. Pihak penganjur juga perlulah mempastikan kedudukan para petugas memasukkan data/markah serta memilih pemenang itu mestilah berapa jauh dari gangguan orang ramai. Ini adalah untuk mengelakkan kegugupan pertugas didalam masa menjalankan tugas.

Nilai komersil Ayam Serama

Ayam Serama yang ada pada hari ini adalah hasil kacukan dari pelbagai spesis terutama burung seperti burung hutan, ayam kerdil Thai dan juga Bantan. Kecantikan fizikal ayam ini telah menawan pelbagai lapisan masyarakat. Selain menghiburkan hati pemiliknya, ia juga sangat mudah dan murah untuk dipelihara.
Sering dikatakan bahawa ayam serama ini tidak dapat dinilai dengan wang. Ada sebuah kisah yang menceritakan bahawa terdapat seorang penggemar yang menolak tawaran untuk menjual ayam miliknya itu dengan cek kosong. Namun, tawaran tersebut ditolak. Anak ayam dari baka juara boleh dijual pada harga RM1,000 hingga RM2,000 seekor manakala anak ayam yang agak dewasa di antara RM2,000 hingga RM10,000.
Ayam ini juga dapat menjadi binatang peliharaan kesayangan seluruh ahli keluarga.
Kategori umur bagi ayam serama yang sihat ialah seperti berikut:
Grade 3A beratnya dibawah 250gm
Grade 1A beratnya dibawah 350gm
Grade B beratnya dibawah 500gm
Diharapkan anda tidak keliru dengan baka ayam kecil yang lain seperti Ayam Kapan, Ayam Katik dan lain-lain.
Walau bagaimanapun, harga ayam ini berkait rapat dengan kategori beratnya. Ini kerana lebih kecil ayam tersebut, maka lebih sukar untuk melakukan proses kacukannya. Disamping itu, bilangannya juga sedikit. Berdasarkan faktor-faktor itulah yang menyebabkan harganya menjadi mahal.
Kami menjangkakan dengan peredaran masa dan penggunaan hasil penyelidikan dan pengembangan (R & D) terhadap kacukan ayam serta sokongan pihak korporat dan Kerajaan, maka masa depan ayam serama akan menjadi lebih menarik dan cerah.
Kami juga berharap agar ayam yang memiliki keindahan yang mengkagunkan ini dapat dihasilkan dengan lebih banyak dan murah agar ia mampu dimiliki oleh semua orang. Potensi sebagai haiwan peliharaan keluarga di negara ini juga semakin cerah.

PENGGUNAAN KOTAK I.S.A UNTUK AYAM SERAMA

Ramai yang keliru dengan kegunaan Kotak I.S.A ini terutama kepada peminat - peminat Serama yang baru berjinak dengan hobi ini. Ramai bertanya kepada WebMaster betul ker Kotak I.S.A ini boleh membentuk serama tersebut berdiri tegak dan mendada. Sebenarnya kegunaan kotak ini hanyalah untuk :
- Memudahkan membawa serama ke sesuatu tempat seperti tempat pertandingan atau untuk balik kampung.
- Memudahkan menyimpan serama pada waktu malam di dalam rumah. Kalau tinggalkan didalam reban diluar rumah takut kecurian
pulak !!!
- Membentuk ekor serama yang masih muda. Sebenarnya ketika berapa didalam kotak ini, serama akan tidur dalam keadaan duduk
dengan ekor tersandar pada dinding kotak. Dengan cara ini ekornya akan sentiasa berada didalam keadaan tegak.
Saiz Kotak I.S.A ini perlulah diberi perhatian yang lebih, jangan sesekali menggunakan kotak yang terlampau kecil saiznya ... ini akan menyeksa serama tersebut. Saiz kotak yang paling ideal ialah 7 inci x 7 inci dengan ketinggian 1 - 1.5 kaki, dengan saiz ini serama akan dapat tidur dengan selesa. Buat pengetahuan peminat serama yang baru, serama ini tidak perlu dilatih untuk berdiri dengan tegak.
Jika sekiranya serama tersebut adalah serama tulin & bukan nya dari jenis ayam bhara, sudah pasti ia akan berupaya berdirisecara tegak dan bergaya. Samada ianya betul - betul tegak bergaya sambil menonjolkan dadanya itu bergantung kepada kualiti serama tersebut. Sebab itulah didalam hal untuk mencari serama untuk dibela saya lebih menekan kepada baka atau susur galur sesekor serama tersebut.
Sekiranya inginkan serama yang berdada besar, saya lebih suka kepada serama dari baka 2000 dan sekiranya inginkan pula serama yang beraksi sambil mengangkat kakinya sebelah.

Sunday, October 18, 2009

salam perkenalan

AD SERAMA FARM telah ditubuhkan pada 19 Feb 2009 merupakan sebuah syarikat Bumiputra yang menjalankan perniagaan pembekalan bagi memenuhi permintaan terhadap sektor permintaan ayam serama. Kami berasa bangga kerana mampu membuka sebuah syarikat bagi menjalankan perniagaan menternak ayam serama.
AD SERAMA FARM ditubuhkan bagi memenuhi permintaan terhadap Haiwan Peliharaan, yang mana sejak kebelakangan ini, permintaan adalah tinggi untuk ayam serama .
Pihak kami bercadang menjadi sebuah syarikat penternakan ayam serama yang dapat membekal Ayam Serama yang berkualiti di kawasan Selangor, Kuala Lumpur, Pahang, Negeri Sembilan dan Perak serta amnya untuk semua peminat di seluruh Malaysia.
AD SERAMA FARM adalah sebuah syarikat yang dipegang oleh 100 % bumiputra, syarikat ini diterajui oleh En Azahar Ngah sebagai Pemilik Syarikat. Syarikat kami juga mengadakan usahasama dengan 2 buah syarikat yang lain iaitu AD PET SHOP dan AD BREEDER ANIMAL, bagi memperluaskan lagi perniagaan kami.
Untuk maklumat, AD PET SHOP ada menjual berbagai jenis haiwan peliharan seperti Kucing, Ayam kampung, Serama, Itik, Rusa, Lembu, Kambing, Biri-biri, semua jenis burung seperti Macau, Afrika Grey, Kura-kura, Arnab, Guinea pig, Ular, Ikan, Sugar glaider, Kala jengking, Hamster, Hedgehong, Tikus, Tupai, Chipmunks, Marmoset, Ferret, Itik swan, Pheasants, Chukar, Peacock, Ayam turkey, Leopard gecko, Burung unta, Chameleon dan lain – lain lagi. Kami juga ada memjual makanan kucing, ayam, itik, lembu, kambing, burung arnab, makan ikan dan jagung makanan untuk ayam serta menjual sangkar burung, kucing, arnab hamster dan lain-lain.AD BREEDER ANIMAL, ada menternak berbagai jenis haiwan antaranya ialah itik telor, itik daging, angsa, ayam kampong, ayam selasih, ayam hutan, ayam kapan, merak putih, merak India, burung merpati ada 15 jenis iaitu merpati Dutch Cropper, Show King, Saddle Fantail, Turbit, Norwich Croppers, Small Modena, Komorner Tumbler, German Beauty Homer, Jacobin, Brunner Pouter, Fairy Swallow, Racing Homer, India Fantail, America Fantail, Lahore, Tippler Tumnler, Mooke, Roller, America Trenton, ayam turkey, lembu, rusa, Cockatiel, Sun Conure, Lovebird, African Grey, Galah Cockatoo, Black palm , Blue Gold Macaw, Cockatoo Sulphur, Ayam Laga, ayam api-api, ayam serama, kucing ada 18 jenis iaitu kucing jenis Abyssinians, American Shorthairs, Birman, Bengal Snow, Bengal sported with, Bengal Sported, Bengal Marbel, British Shorthair, Burmese, Exotic, Himalayan, Korat, Maine Coon, Sphynx, Munchkin, Scottish Fold, Norwegian Forest, Oriental Shorthair, Persian Flate Face, Siamese, Somali, Selkirk Rex, Burmilla, America Curl, arnab ada 4 jenis iaitu Arnab Anggora, Rex, Holland lops dan Lion Head ,Hamster ada 4 jenis iaitu Syrian, Winter with, Roboski, Gerbil, albino hedgehog, Iguana, Leopard Gecko